ada satu subjek (orang) di dalam bilik atau environment yang 'suci'. persekitaran ini kita gunakan warna putih. kita hanya boleh nampak subjek tersebut dan background putih sahaja. selepas kamera memfokuskan subjek di setiap sudut, ia mulalah membuat pergerakan (sebarang). kemudian elemen warna yg dekat dengan putih (kuning cair mungkin) mula masuk seperti angin sepoi2 bahasa melambangkan bahawa subjek tersebut telah masuk ke persekitaran baru di dalam hidupnya. sedang ia asyik melakukan pergerakan, kita dapat perhatikan bahawa bayang2 mula timbul di kakinya dan meniru setiap perilaku subjek (ikut adat). next, subjek akan lebih proaktif & cuba melakukan pergerakan yg di luar kotak pemikiran. di sini elemen warna menjadi lebih berani (memberi impak persekitaran yg bukan sewajarnya terhadap subjek). perhatian tertumpu pada bayang-bayang yang tidak lagi patuh pada perumah, membuat aktiviti yg tidak lagi mematuhi masa dan rentak tuannya. keberanian pengingkaran bayang2 terserlah apabila saiznya lebih besar dan semahunya meninggalkan asal usulnya. terpampang di muka subjek yg terpinga2 (mungkin terkejut dan kaku di situ). bayang2 terus dipengaruhi elemen yang lebih dahsyat dan muncul dari segenap arah. sampai ke tahap elemen persekitaran yang amat buruk bayang2 terus melangkah kemudian dijelmakan semua elemen yg telah dan tidak patut di alaminya. semuanya membelenggu diri bayang2 dan akhirnya keadaan berputar2 melingkari bayang2. dalam sekelip mata emosi yang bingung menerjah keadaan dan bayang2 muncul semula ke alam realiti yg tidak patut ditinggalkan dahulu. menyedari perumah yang termangku sendirian, bayang2 mendekati dengan gentar dan khuatir. subjek tersedar dan berdiri menggagahi. bayang2 turuti semula pergerakan subjek dan subjek kembali normal dengan merasakan diri kembali kepada fitrah yg sebenar. muzik yg mewakili emosi mendekatkan penonton dan meletakkan mereka pada diri bayang2 & subjek.
GROUP 6
Wednesday, November 2, 2011
Monday, October 31, 2011
Seni Elektronik Lanjutan
Seni elektronik adalah satu istilah generik yang mewakili cantuman antara seni halus, media elektronik dan teknologi komputer. seni elektronik diungkap dalam bentuk seni cahaya, seni video dan yang terkini seni komputer. Seni cahaya misalnya, menjadikan unsur cahaya dari sumber elektronik sebagai bahan penerokaan dan ekspressi karyawan, kebanyakkannya bersifat minimal. Seni video pula merujuk kepada sebuah produksi karya asli yang menggunakan video sebagai medium pengucupan. Ia terletak di antara kerencaman seni halus dan seni persembahan, sinema, penyiaran televisyen, aktivisme sosial, teknologi dan teori budaya. Seni komputer diistilahkan sebagai penghasilan karya seni menggunakan komputer atau peralatan digital yang berkaitan. Sebagai cabang seni elektronik, seni komputer adakalanya dipanggil media baru (new media), multimedia, seni gabungan (hbyrid art), seni digital (digital art) dan seni siber (cyber art).
Sejarah Ringkas Seni Elektronik
Penerokaan seni elektronik berputik di Eropah dan Amerika Syarikat yang menjadi pusat cetusan dan perkembangan saintifik dan revolusi industri. Benih awalnya berasal daripada beberapa aliran seni Barat moden seperti Dadaisme, Konseptualisme, Fluxus dan Happening. Perkembangannya dibajai oleh kemunculan beberapa bentuk pendekatan teori dan wacana budaya pasca moden seperti feminisme, pasca-strukturalisme, semiotik, dekonstruksi, pasca-kolonialisme, multibudaya dan psikoanalisis. Antara peneraju awalnya ialah Num June Paik, Les Levine, John Baldessari, Vito Acconci Dan Bruce Nauman.
Seni Elektronik
v Light art
v Grafitti art
v Video art
v Interactive art
v Hybrid art
v Fluxus art
v Performance art
LIGHT ART
Monday, October 24, 2011
SENI ELEKTRONIK
Seni elektronik adalah satu istilah generik yang mewakili cantuman
antara seni halus, media elektronik dan teknologi komputer. seni elektronik
diungkap dalam bentuk seni cahaya, seni video dan yang terkini seni komputer. Seni cahaya
misalnya, menjadikan unsur cahaya dari sumber elektronik sebagai bahan
penerokaan dan ekspressi karyawan, kebanyakkannya bersifat minimal. Seni video pula merujuk kepada sebuah
produksi karya asli yang menggunakan video sebagai medium pengucupan. Ia terletak di antara kerencaman seni halus
dan seni persembahan, sinema, penyiaran televisyen, aktivisme sosial, teknologi
dan teori budaya. Seni komputer
diistilahkan sebagai penghasilan karya seni menggunakan komputer atau peralatan
digital yang berkaitan. Sebagai cabang
seni elektronik, seni komputer adakalanya dipanggil media baru (new media),
multimedia, seni gabungan (hbyrid art), seni digital (digital art) dan seni
siber (cyber art).
Sejarah Ringkas Seni Elektronik
Penerokaan seni elektronik
berputik di Eropah dan Amerika Syarikat yang menjadi pusat cetusan dan perkembangan
saintifik dan revolusi industri. Benih awalnya
berasal daripada beberapa aliran seni Barat moden seperti Dadaisme,
Konseptualisme, Fluxus dan Happening. Perkembangannya
dibajai oleh kemunculan beberapa bentuk pendekatan teori dan wacana budaya
pasca moden seperti feminisme, pasca-strukturalisme, semiotik, dekonstruksi,
pasca-kolonialisme, multibudaya dan psikoanalisis. Antara peneraju awalnya ialah Num June Paik,
Les Levine, John Baldessari, Vito Acconci Dan Bruce Nauman.
Seni Elektronik
v Light art
v Grafitti art
v Video art
v Interactive art
v Hybrid art
v Fluxus art
v Performance art
LIGHT ART
VIDEO ART
INTERACTIVE ART
HYBRID ART
FLUXUS ART
PERFORMANCE ART
Subscribe to:
Comments (Atom)














