I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, November 2, 2011

ada satu subjek (orang) di dalam bilik atau environment yang 'suci'. persekitaran ini kita gunakan warna putih. kita hanya boleh nampak subjek tersebut dan background putih sahaja. selepas kamera memfokuskan subjek di setiap sudut, ia mulalah membuat pergerakan (sebarang). kemudian elemen warna yg dekat dengan putih (kuning cair mungkin) mula masuk seperti angin sepoi2 bahasa melambangkan bahawa subjek tersebut telah masuk ke persekitaran baru di dalam hidupnya. sedang ia asyik melakukan pergerakan, kita dapat perhatikan bahawa bayang2 mula timbul di kakinya dan meniru setiap perilaku subjek (ikut adat). next, subjek akan lebih proaktif & cuba melakukan pergerakan yg di luar kotak pemikiran. di sini elemen warna menjadi lebih berani (memberi impak persekitaran yg bukan sewajarnya terhadap subjek). perhatian tertumpu pada bayang-bayang yang tidak lagi patuh pada perumah, membuat aktiviti yg tidak lagi mematuhi masa dan rentak tuannya. keberanian pengingkaran bayang2 terserlah apabila saiznya lebih besar dan semahunya meninggalkan asal usulnya. terpampang di muka subjek yg terpinga2 (mungkin terkejut dan kaku di situ). bayang2 terus dipengaruhi elemen yang lebih dahsyat dan muncul dari segenap arah. sampai ke tahap elemen persekitaran yang amat buruk bayang2 terus melangkah kemudian dijelmakan semua elemen yg telah dan tidak patut di alaminya. semuanya membelenggu diri bayang2 dan akhirnya keadaan berputar2 melingkari bayang2. dalam sekelip mata emosi yang bingung menerjah keadaan dan bayang2 muncul semula ke alam realiti yg tidak patut ditinggalkan dahulu. menyedari perumah yang termangku sendirian, bayang2 mendekati dengan gentar dan khuatir. subjek tersedar dan berdiri menggagahi. bayang2 turuti semula pergerakan subjek dan subjek kembali normal dengan merasakan diri kembali kepada fitrah yg sebenar. muzik yg mewakili emosi mendekatkan penonton dan meletakkan mereka pada diri bayang2 & subjek.

No comments:

Post a Comment